Thursday 31 March 2011

Love Mrs. H

Khas Untuk Keselamatan & Kesihatan Warga Jabatan Perdagangan


PERMASALAHAN

 Sejak kebelakangan ini cuaca makin tidak menentu adakala nya hujan 
adakala nya panas. Apabila hujan pensyarah, staf, dan pelajar akan mengeluh kerana basah dan jalan di koridor licin dan apabila panas terutama nya pelajar dan pensyarah akan mengeluh kerana ketiadaan penghawa dingin di dalam kelas dan merimaskan juga berada di dalam situasi yang tidak selesa semasa pembelajaran dijalankan. Tetapi berada di dalam dua situasi ini keadaan yang boleh mengundang ketidaksihatan warga di Jabatan Perdagangan adalah semasa cuaca hujan.

 Terutamanya lantai di koridor aras bawah yang licin semasa hujan mengundang 
bahaya terutama kepada golongan pensyarah dan pelajar yang mengandung; apabila mereka berjalan di koridor aras bawah semasa hujan turun, mereka tidak dapat memegang pagar yang dibuat di tepi koridor kerana pagar itu juga licin akibat tempias hujan dan mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak jatuh juga kepada pelajar kurang upaya yang memakai tongkat atau kerusi roda tidak ketinggalan kepada pelajar perempuan kerana mereka tidak memakai sepatu yang mempunyai cengkaman kuat seperti kasut pelajar lelaki dan juga kasut sukan.


PENYELESAIAN

Akibat dari permasalahan itu, kami mencadangkan agar pihak 
Jabatan Perdagangan menimbangkan untuk membina bumbung kedepan agar apabila hujan turun, lantai di koridor aras bawah tidak terkena tempias hujan dan ini akan menggembirakan seluruh warga Jabatan Perdagangan dan akan menghasilkan suasana yang selamat apabila hujan turun semasa berada di Jabatan Perdagangan.
          
lagi mudah untuk faham

dan ini tidak dihantar kerana akan mengakibatkan Mrs. H campak! anda faham 
sebab apa bukan? 

                                                                                                                                                                      
                                                Pelakon Tambahan

No comments:

Post a Comment